Sabtu, 15 November 2014

HEBATNYA MANJAKANI ARAB UNTUK WANITA

BUAH MANJAKANI,BUAH AJAIB. CIPTAAN ALLAH UNTUK WANITA

 Sejak berzaman lagi,manjakani sudah terkenal dan sinonim dengan keupayaannya merawat seribu satu masalah yang dihadapi wanita. Ini merupakan sedikit ringkasan mengapa setiap wanita harus memiliki serbuk manjakani ini sebagai perisai kegunaan harian.

Sebiji buah manjakani mempunyai khasiat dan faedah menyeluruh yang begitu besar

" Buah ini digunakan untuk kesihatan di tahap optimum dalaman dan luaran.Ia mampu mengetatkan faraj,menegangkan kulit dan menjadikannya bercahaya cantik, payudara yang terletak indah dan rahim yang terletak elok kedudukannya"-Rahsia kita

Berikut adalah 1001 rahsia yang terdapat pada sebiji buah manjakani

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS

Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.


3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM

Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI

Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
5. MATA YANG SIHAT

Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA

Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.
7. KULIT KERING DAN BERMINYAK

Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN

Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ

Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ

Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU

Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT

Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM

Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT

Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER

Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.


ATURCARA KEGUNAAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN

Ia amat sesuai untuk melambatkan kedutan muka(awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.

Jika untuk menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang, ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki / bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya.

CARA DAN ATURAN GUNA

SEBAGAI LULUR/MASKER

Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.

Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT

Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.

Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.

SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT

Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar